Write Better Than Talk

Nurul Ainie bt Zulkeri♥

SILA KLIK DI BAWAH INI


Sweetsour


Terima kasih, stranger.
Dec 31, 2017 | 11:59 PM | 1 panda
Me is feeling more than grateful Alhamdulillah..
sebab Allah masih beri pinjam nyawa, pinjamkan keluarga, kawan-kawan
awhhhhh 😍

Kalau tahun baru semua berkait dengan azam baru.

and apa azam yang dah di capai untuk tahun ni?
Obviously la dapat sambung degree jauh nun di Utara..
gila betul 800km....

Aku berterima kasih dengan apa yang jadi sepanjang tahun ni

Macam biasa, orang datang dan pergi.

2017, melabuhkan tirai dengan sesuatu perasaan yang bercampur-baur.

Mak, ayah, along, kak anis, rayyan, ariana, angah, (future kak ngah), abang pam, kak ifa, aliesya, baby and future family...
Ya Allah, moga Engkau pinjamkan lagi mereka.
Aminn. 
(tengah taip ni homesick teruk, menghitung hari untuk balik)


and thank you stranger!

sebab datang setelah 7 tahun...
I hope this is the right time and the right person hehehe
Thank you hadir pada masa yang tepat di saat aku jatuh.
We don’t know what will happen next, I just wish the best.
psstt! baru dapat hadiah birthday ke tuuuuu. sorry can't make it on your birthday hahhaha

2018--

bring it on!


💪 Invest more to skincare than make up

💪 Puasa make up setahun
💪 Update blog selalu (ni tak menjadi kut)
💪 Kumpul duit kawennnnnnn
💪 Travelog hewhew
💪 Moga awak wahai kekasih terima kasih datang dan tak pergi pergi hiks!


ps ; orang sambut tahun baru dengan mercun, kita sambut tahun baru dengan paper esuk! May Allah ease everything 💓



To A Fresh Starting
Aug 24, 2017 | 12:20 AM | 0 panda
This is an open letter. (sebab i think i dah kena start balik dari awal). 
To whom may concern.

Assalamualaikum. Salam penghujung Ogos. Semoga dari sebalik lampu-lampu neon, di bawah kemeriahan cahaya-cahaya terang, masih ada manusia yang sedar kewujudan kamu, dan kita semua. Sungguh, tahun 2017 merupakan tahun yang sangat awesome. Things happened unexpectedly. Orang datang dan pergi dengan sangat pantas. LOL

"Tak sempat nak kenal rapat pun, tiba-tiba dah masuk hari lain dan dia dah tak kenal aku"

Memori berlalu pantas, macam angin sepoi-sepoi bahasa yang lembut membelai tubuh (dan merosakkan awning tudung kekeke). First of all, aku sangat bersyukurlah kepada Sang Pencipta kerana sehingga ke hari ini, aku diberi kesempatan untuk hidup kat dunia ni. Then, terima kasih kepada semua jenis emosi yang aku pernah alami. Tahniah buat diri sendiri yang sado menelan kebangangan dunia dan segala jenis manusia puaka.

Dalam hampir satu tahun, aku sambung degree, dan dah nak naik semester dua dah pun bulan depan. Aku  jumpa ramai orang. Orang-orang yang mengajar aku macamana nak hidup. Orang-orang yang datang hanya untuk pergi. Mereka bawa seketul kebahagian dalam hidup aku and bila dah bosan, kebahagian tu direntap dari aku secara paksa.

Ok camni aku cerita, aku jumpa seorang lelaki secara tak sengaja. Sangat pendiam tapi entah macam mana our Whatsapp's conservation jadi sangaat panjang. So,we start to get to know each other, I'm feeling so grand.

Then

He went missing. Pap! macam tu je. So aku gigihlah siasat kenapa tah macam ni. Andddd rupanya dia nak kahwin, Hehh.

The End. Bodo, aku lah tu yang bodoh tak bertempat. Oh, so I was "oh tu ke kehidupan". Aku jadi pelik dan sangat pelik. Semudah tu je? Kau takde memori ke kat otak? Lepas tu banyak lagi siri-siri drama sial yang jadi.

Babe, I still remember every single tiny details. So, benda-benda kecik macamni buat aku rasa aku tak payah jadi jujur dan ikhlas. Buat apa? Orang akan datang dalam hidup kita just for their advantage je kot. Ada ke lagi orang yang ikhlas untuk kongsi kebahagian dan kesedihan sama-sama? Wujud ke orang yang tanak apa-apa dari kita tapi dia sanggup bagi kita rasa bahagia? We tend to seek chances. Tak pernah peduli pasal perasaan orang lain.

Tapi.
Aku dah lupakan apa yang jadi
Apa yang berkaitan dah selamat dipadam. 

Dendam?
Tidak.

Aku dah tak tahu dah pasal dia.
Terima kasih sebab hadir.

22 years aku hidup- I learned that I can't believed anyone. Kita gelak sama-sama, then time aku jatuh guling patah riuk dan nak jadi ulat gonggok sorang pun tak nampak batang hidung. Today never promises tomorrow.

Jadi, semoga tahun 2018 aku senang lupakan orang dan kenangan. Aku nak tolak tepi all the worthless bastard. 

Semoga kita semua murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindunganNya. Love yaa.



Older Post